Thursday, September 09, 2010

Syahdu di Malam Raya

Kedengaran laungan takbir dan dentuman mercun sekitaran rumah mertuaku di Terengganu.

Telah bertolak ke Terengganu pada malam 7hb kerana malam itu tol Highway ke Pantai Timur FREE. Waktu bertolak terpaksa dicepatkan kerana mengejar ruang masa free yang diberikan 9pm ke 6 am. Setelah buat last minit kerja dan packing MacPro dalam Rusa, bertolaklah kami jam 10.20 malam. Jalan jam teruk. Kami sangka kerana semua orang mengejar tol free juga. Rupa-rupanya ada kereta rosak di Taman Melati. Jalan Highway walaupun banyak kereta tapi tak jam seperti dijangka.

Keadaan kenderaan tidaklah molek masa bertolak. Enjin bergegar dan minyak leaking giler. Top up minyak enjin ngam-ngam dan tambah oil treatment. Nak servis, duit ngajar tak masuk akaun pun lagi. Duit job last minit je yang dapat membantu. Dengan balance RM150 dan tawakkal kepada Allah, kami pun bertolak. Alhamdulillah, selamat kami sampai pada jam 6.30am.

Jelas nampak keceriaan pada Ayah Mie dan Mamie.

Setelah cukup berehat, isteriku terasa nak makan Satar, Pa'ih (otak-otak) dan Pulut Lepa. Jam 5 petang kami pun keluar. Seluruh Bandar Kuala Terengganu jam gila. Setelah berjaya membeli Satar di Batu Rakit, kami rancang nak ke Pasir Panjang tapi sampai je di simpang belakang Pulau Kambing, enjin Rusa tiba-tiba mati dan terus saya alihkan ke tepi jalan. Aduh!! Rosak pula Rusa aku. Termenung kejap kerana duit balance di tangan ada cuma RM50 je. Itupun untuk bayar zakat fitrah. Payment job last minit tak masuk lagi. Kami telefon Ayah Mie dan dia datang menjemput. Nasib baik dia banyak contact.

Malam tu, Rusa aku buat pertama kali dalam sejarah ditarik towtruck.Kepala buntu keran nak bayar nanti dengan apa. Bertawakal je la masa tu agar ada payment yang masuk.

Tengahari tadi, Ayah Mie ajak pergi ambil Rusa. Hati berdebar takut kena beribu le pulak. Mana nak cekau duit. Bil yang sampai Alhamdulllah tak mencecah ribu dan cukup-cukup dengan jumlah payment yang nak dibayar. Yang rosak coupling yang pada bila-bila masa akan pecah dan boleh menyebabkan kemalangan jika dalam membawa laju dan contact point serta box dia jam, so sekarang enjin dah tip-top dengan menggunakan elektronik box pula dan coupling ditukar baru. (tak tahu apa nama betul, benda ni) Cuma sedihnya, payment tak masuk pun dalam akaun. Ayah Mie cakap biar dia bayar dulu tapi selepas dia cakap duit pencen dia dah nak habis ni. Aku harap aku akan dapat membayar sebelum kembali ke KL.

Esok juga hari jadi anak bongsuku, Fareesha. Dia merayakan dengan cukup berpuasa 30 hari. Dia cuma lima tahun dan kami tak memaksa dia berpuasa pun. Dia buat kerana nak ikut kakak dan abang dia berpuasa. Kesihan juga kerana dia menjadi kurus, dan bila kami suruh dia berbuka kerana tengok dia tak larat, dia enggan kerana tak nak miss puasa.

Ralat juga kerana aku sekarang tiada wang untuk beraya dan meraikan hari jadi anak aku. Sebak hatiku bila Fareesha cakap, "Abah, kalau duit tak cukup nak raya, pakai aje duit Fareesha." Syahdu hatiku kerana kuingat tahun ini aku dapat memberi duit raya kepada anak-anak aku tapi kita cuma merancang dan Allah menentukan. Adalah hikmah disebalik kekurangan ini.

Aku bersyukur isteri dan anak-anak aku memahami situasi. Merekalah hadiah kepada diriku yang sentiasa mengelak dari membuat perkara mungkar dan dilarang terutama dalam mencari rezeki yang halal dan toyibban.

Ku berdoa adalah payment yang masuk agar anakku dapat merasa kek yang dibeli bapanya. InsyaAllah.

Salam Hari Raya buat semua. Jika ada kesalahan dalam apa jua keadaan, harap dimaafkan.


-bobazhar
10.40pm. Malam Syawal 1431H.