Tuesday, August 31, 2010

Menjejak Salahsilah keluarga.

Diberitahu bahawa kelauarga kami dari keturunan Kanda. Mereka asal dari Sulawesi, satu keluarga buang gelaran raja dan dianugerahkan gelaran Kanda. [Saya check ngan Persatuan Bugis Malaysia dan confirm keturunan kanda memang wujud dan ramai di Ujong Pasir ke Ujong Padang (tak ingat) and guess what sama tempat kerabat Sultan Selangor. Mereka merantau dan mendarat di Sabak Bernam. Nama Sabak Bernam diambil dari 6 beradik ini walau sebenarnya ada tujuh. Yang bongsu adalah perempuan. Darripada diberitahu seorang tua di Kg Baru, Kanda Long merantau ke Tapah, Kanda Lang ke Behrang. keluarga kami adalah dari keturunan Kanda Lang dan Wan Malini. Ini yang diberitahu orang tua tu. Dia dari Kanda Long.

Ini takat salasilah yg kami ada.

Mohd Azhar
Ismail (3 beradik- Mohd Noor dan Norlian)
Sidek (4 beradik-Simah, Lamah dan Kadir) Kahwin dengan Jameah, keturunan Wan Malini.
Yeop (tak tahu adik beradik) tapi berkahwin dengan Burok (Abah cakap lawa giler)
Arshad (diketahui adik beradik 1-Kamar)
Mat Khalid (Diketahui duduk di Sabak Bernam tapi pencarian Abah dan Opah tak jumpa waris di sana)
-----

Kamar ni Atok Opah belah Mak. (Zainab > Puteh > Mat Darus > Kamar) Adik beradik Opah= Md Yusof, Ma' Yah, Aeshah, Nengah, Nina, Menjah, Tijah dan Pesah

Dah bertahun saya cuba menjejak salasilah melalui ayah saya dan sedara. Ayah dan Aruah Opah pernah cuba cari saudara di Sabak Bernam in the 60s tapi gagal. Kami cuma dapat takat yang kat atas ni Ni first time dalam pencarian salah silah saya terjumpa Keturunan Kanda.

Satu lagi ada pantang larang kami tak boleh makan kerbau balau, pisang udang, padi licin dan guna sejenis kepok padi (bekas letak padi) Diberitahu kerabat Minang tak leh makan benda sama.

Sesiapa yang ada kaitan ngan keluarga kami atau tahu dia keturunan Kanda atau ada pantang larang sama, sila berhubung ye. TQ

15 comments:

kirikanankena said...

saya tertarik dgn keturunan tak boleh makan pisang udang dan juga kerbau balau.. sebab kami memang di tegah keras dari memakannya.. nak sentuh pun tak berani.. takut.. saya cuma tertanya-tanya dari mana sebenarnya asal keturunan ini.. saya dari pahang..

Amri d'Great said...

sangat menarik ttg larangan makan pisang raja udang... sy ada sikit maklumat ttg perkara tersebut
http://keluargaawangosman.blogspot.com/2013/05/pisang-raja-udang-dan-lagendanya.html

bobazhar said...

amri TQ

bobazhar said...

kirikanankenaKalau ikut cerita keturunan ini berketurunan raja bugis di Sulawesi. Info dari bapa saya, mmg ada sedara di Pahang especially di Raub dan Ulu Dong. Sebab dulu org (bapa aku pernah ikut bapa aku) dari Perak naik banjaran titiwangsa utk berniaga di Pahang. Laluan ditutup masa komunis

anil said...

kanda juga

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya juga diingatkan tak boleh makan kerbau bala dan pisang raja udang.

Unknown said...

Assalammualaikum.....nama saya kanda....ibu saya yg bagi nama tu....ibu berasal dari tanjung agas port dickson....bersempadan dengan kuala linggi melaka.....saya hanya ingin mencari susur galur keturunan kanda ni dari mana....

Unknown said...

salam...sy dan keseluruhan ahli keluarga juga adik beradik sebelah ibu dilarang dan ditegah mendekati mahupun menjamah kerbau balau dan pisang udang/merah....kami berketurunan jawa...kami berada di area tapah...

Hurul'ain said...

Ada cerita di sebalik pantang tersebut ??

Unknown said...

Xx pasti iya atau tidak cerita ni.. Tapi keturunan sebelah mak saya memang x boleh makan kerbau balau.. Habis satu badan bengkak sehingga x nampak rupa asal.. Amaran juga utk adik beradik saya dari aruah sebelah moyang untuk tiidak makan kerbau balau. Mak saya keturunan sharifah.. Atok saya keturunan syed dari perak.. Kami di Pahang

Unknown said...

X pasti iya atau tidak cerita ni.. Tapi keturunan sebelah mak saya memang x boleh makan kerbau balau.. Habis satu badan bengkak sehingga x nampak rupa asal.. Amaran juga utk adik beradik saya dari aruah sebelah moyang untuk tiidak makan kerbau balau. Mak saya keturunan sharifah.. Atok saya keturunan syed dari perak.. Kami menetap dipahang dah 4~5 generasi

Noor Azan said...

Saya dikeluarga sebelah ayah mmg yak bole makan lansung dan monyang saya gelaran atau namanya mahkota alam. Atuk pun saya tak pasti nama swbenar dalam ic abah sajak b. Mahkota alam. Tapi kat batu nisan hj.al-amin mahkota alam. Dulu abah tanya jalur keturunan atuk duk senyum jew.

Unknown said...

Arwah mak saya pesan keturunan kami xleh makan kerbau balau..kalau makan jgk jadi penyakit kulit..silap tak tanya detail time tu

Unknown said...

mungkin awk boleh berjumpa dgn ayah saya,dia menyimpan salasilah sampai saudara di silawesi...sya jga di beritahu supaya jgn memakan kerbau balau dn pisang raja udang

Emy said...

Arwah atok dlu ad berpesan jgk jgn mkn kerbau balau dgn burung trkukur..klau trmakan boleh bawa maut..pecah perut.l